Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2005, Losyen Mustajab Pati Halia Dunia Herbs menjadi perintis bagi produk losyen berasaskan pati halia. Losyen ini bersifat tidak melekit dan cepat meresap pada kulit serta mempunyai kehangatan yang sederhana.
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga Zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium, fosforus dan kalsium, protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin. Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah telah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.